Pelancaran Academic Pit Stop KMPk

18 Oktober 2019 Pelancaran "Academic Pit Stop" (APS) KMPk merupakan satu inisiatif warga KMPk yang dipengerusikan oleh Puan Nik Hasrina Bt. Nik Din dari Unit Fizik. Kewujudan APS ini adalah sebagai satu usaha membantu pelajar B40 di Kolej Matrikulasi Perak dalam membantu segala keperluan akademik pelajar B40 meliputi perkhidmatan bekalan bantuan berbentuk bahan-bahan akademik dan membantu membangunkan insaniah pelajar B40. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPK, Tuan Shashim Shah B. Harun.

Sarapan Percuma PSPM 1 2019/2020

18 Oktober 2019 Program ini berlangsung sepanjang hari peperiksaan PSPM 1 2019/2020 bermula 14 Oktober 2019 hingga 21 Oktober 2019. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang sama ada dari segi bentuk kewangan atau makanan. Program ini dikendalikan oleh Kumpulan Misi Kemanusiaan KMPk. Terima kasih diucapkan kepada semua warga KMPk yang telah memberi sumbangan sarapan bagi menjayakan program ini.