PENGENALAN 

Pihak kabinet telah meluluskan penubuhan Bahagian Matrikulasi pada 10 Mac 1999. Kolej-Kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan setelah perjawatan Matrikulasi diluluskan pada 1 Jun 1999. Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Perak seluas 67.048 ekar dan terletak di GopengPerak.

Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

 

 LOGO KMPk

  

 

Latar glob berwarna biru bermaksud penguasaan dunia melalui ilmu, sejajar dengan warna utama logo Kementerian Pelajaran. Bentuk rombus berwarna kuning, lambang kesungguhan dan kejayaan pelajar yang menjadi dasar kepada Kolej Matrikulasi (huruf K:M) Kementerian Pendidikan yang diakhiri oleh Kolej Matrikulasi (huruf Pk), Putih bagi huruf Pk. Kuning bagi huruf KM adalah warna-warna bendera negeri Perak.

alur-jalur merah putih adalah asas Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang bermaksud matlamat Pendidikan Negara dan kelajuan pergerakan sistem pendidikan melalui Program Matrikulasi untuk menyaingi kemajuan pendidikan dunia yang diamanahkan kepada Kolej Ini. Keseluruhan logo melambangkan kekuatan tekad dan semangat KMPk untuk memastikan seluruh pelajarnya mencapai kejayaan bagi memenuhi wawasan Negara
menyaingi ketamadunan dunia.